Thursday, November 27, 2008

Tentang Teja Crafts



Teja Crafts




Selamat datang ke Teja Crafts, sebuah perunding perkahwinan yang 'exclusive', kreatif, berkualiti, bernilai, berpilihan, dan memberi layanan yang istimewa kepada anda. Bertempat di Bandar Bertam Perdana, Pulau Pinang, Teja Crafts menawarkan anda dengan gaun perkahwinan dan pemakaian malam yang hebat dalam gaya kebaratan dan juga dalam gaya kemelayuan. Kami juga menawarkan 'wallcover' yang terkini dan gubahan hantaran yang 'exclusive' yang digubah khas oleh Teja Crafts.





Kami juga menyediakan layanan komprehensif yang mesra,dan pakar perunding perkahwinan yang berproffesional.

Majlis yang berbagai turut disediakan - perkahwinan, parti sulit, makan malam korporat - kami membimbing anda secara terperinci dari aturcara majlis, tempat, menu, hiasan, hiburan, sistem-sistem bunyi dan cahaya dan banyak lagi.

Misi kami ialah memberi kepuasan dan kebahagiaan kepada anda untuk merealisasikan impian anda.



Gaya Kebaratan





Dibuat dari kain yang berkualiti tinggi dari serata dunia, gaun dari Teja Crafts adalah selesa dan hebat. Setiap gaun yang kami hasilkan adalah 'exclusive', berindividu dan direka khas untuk keselesaan anda. Kami bukan saja mereka gaun, malah kami turut memberi bimbingan kepada anda dalam memilih fabrik kain, jahitan dan sulaman dan juga aksesori. Untuk menyerikan lagi penampilan anda, Teja Crafts menyediakan pilihan yang menakjubkan seperti kasut, tiara, rantai dan banyak lagi.




Gaya Kemelayuan




Kami menawarkan gaun perkahwinan yang direka khas dari pereka Teja Crafts sendiri. Berdasarkan tradisi tradisional, setiap baju Teja Crafts mempunyai elemen yang tersendiri dan membuat baju tersebut lebih istimewa dari baju-baju lain. Bakal pengantin yang mengenakan baju pengantin dari Teja Crafts pastinya akan kelihatan lebih cantik dan 'exclusive'!




Baju Nikah






Baju nikah berwarna putih kini menjadi fesyen kepada bakal-bakal pengantin untuk dipakai semasa akad nikah. Tetapi, secara semulajadinya anda mahu perkahwinan anda diingati bukan untuk dilupai! Jadi, anda mestilah berlainan dari bakal-bakal pengantin yang lain di upacara akad nikah anda. Jangan risau! Teja Crafts mempunyai gaun-gaun pengantin yang berlainan yang sesuai dengan penampilan anda. Bukan putih saja pilihan warnanya, banyak lagi warna yang anda boleh pilih. Jangan takut untuk memilih warna! Baju yang berwarna selain dari putih boleh dipakai lebih dari sekali!




Baju Bersanding






Baju bersanding anda hendaklah menyerlah setanding dengan pelamin dan juga di dalam gambar dan di dalam video. Baju bersanding seperti kain 'lace' dan songket yang diimport khas dari luar negara oleh Teja Crafts pasti akan membuat anda kelihatan lebih menyerlah! Sebelum anda membuat keputusan, pakar perunding kami terlebih dahulu akan memberi bimbingan kepada anda dalam pemilihan kain fabrik, warna, potongan, jahitan, sulaman dan kerawang. Untuk melengkapkan lagi baju bersanding anda, Teja Crafts turut mereka pakaian untuk si pengantin lelaki.



Pakaian Rasmi





Dalam sebarang majlis pun, anda pasti hendak pakaian anda kelihatan seperti berjuta ringgit! Melalui pendekatan dalam campuran tradisional dan kontemporari, Teja Crafts telah mereka pakaian rasmi dalam gaya klasik yang sederhana, dan pakaian rasmi bersulam yang pastinya akan membuat anda kelihatan lebih hebat dari orang lain!




Aksesori





Aksesori adalah sentuhan yang terakhir. Jika anda memilih aksesori anda, tidak mengapa. Tetapi, Teja Crafts menawarkan pelbagai tiara, kasut, dan bunga sutera yang mempersonakankan dan anggun sebagai pelengkap gaun dan majlis perkahwinan anda.




Perancangan Perkahwinan






Merancang sesebuah majlis perkahwinan kadang-kala merumitkan. Setiap pasangan yang ke Teja Crafts untuk merancang perkahwinan selalunya hendak berbeza dari majlis perkahwinan yang lain. Jadi untuk setiap majlis perkahwinan, kami hadir dengan tema yg berperibadi dan 'exclusive' Bukan itu sahaja. Tema tersebut juga haruslah sesuai dengan personaliti dan gaya bakal pengantin. Ia adalah satu cabaran tapi hakikatnya ia adalah menyeronokkan! Ia memberi peluang kepada kita untuk berimaginasi dalam mencipta sesuatu yang berbeza dan istimewa. Sudah pastinya, tema hanyalah permulaan dalam merancang sesebuah perkahwinan. Merancang sesebuah perkahwinan turut melibatkan kad-kad jemputan, tempat, hiasan tempat, pelamin, mengkoordinasi jurugambar, juruvideo, penghibur, sistem bunyi dan cahaya dan juga 'limousine'. Kenapa perlu pilih Teja Crafts? Kerana kami adalah kreatif, mesra, proffesional, praktikal dan rendah diri. Jadi, kalau anda hendak menghabiskan masa anda sebelum majlis perkahwinan di spa, hubungilah kami hari ini!



Perancangan Acara




Setiap acara yang kami anjurkan direka dalam gaya yang unik dan pasti tidak dapat dilupakan. Kreativiti adalah kunci kejayaan kami dengan gabungan dalam mengorganisasi acara anda dengan teliti untuk memastikan semua berjalan dengan lancar pada hari tersebut.





Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di :



Telefon & Fax : +6045756364

Pakar Perunding :

+60123548831 (Dzulkarnain)

+60124718831 (Eyda)

+60134288831(Eny)

+60195939649(Gee)

Alamat : Teja Crafts, No.46, Tingkat 1 dan 2, Lorong Dagangan 3, Bandar Bertam Perdana, Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Waktu buka : Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

No comments: